Apa itu Ccleaner dan bagaimana cara menggunakannya | Assalam . Nak kasi komputer sentiasa laju dan efektif ? ? Jom baca entri ni . Hari ni akan dituliskan lagi antara tips penjagaan komputer selepas cara defrag komputer yang patut korang tahu untuk jaga komputer . Kali ini iaitu dengan menggunakan CCleaner . Komputer ni macam orang juga kena jaga barulah sentiasa sihat .
Apa Itu Ccleaner Dan Bagaimana Cara Menggunakannya
CCleaner merupakan sebuah program yang dibangun oleh Piriform . Apa yang dibuat oleh program ni adalah dengan membuang segala history , cookies , caches , temporary internet files dan banyak lagi benda yang tak penting dari internet browser dan juga komputer .
Nak difahamkan lagi , semua benda ni adalah tinggalan jejak kita . Contoh pada browser , dah bermacam-macam laman web kita pergi . Selepas laman web tersebut ditinggal , cache dan history akan tersimpan dalam browser . Haa tinggalan jejak inilah yang perlu dibuang untuk menjimatkan penggunaan memori dalam komputer . Begitu juga dengan tinggalan jejak dalam sistem komputer kita sendiri .
Cara-caranya :
2 . Install macam biasa
3 . Buka CCleaner
4 . Dalam menu tab ' Windows ' tick kesemua yang ada Internet Explorer , Windows Explorer , System dan lainnya . Kecuali Advanced biarkan . Kalau nak buat pun boleh . Dia akan scan komputer dengan lagi mendalam .

5 . Tekan menu tab ' Applications ' dan tick kesemua yang ada

6 . Tekan butang ' Analyze ' dan tunggu proses scanning selesai
7 . Lepas dah siap hasilnya seperti di bawah . Kita dapat tengok saiz dan fail yang akan dibuang .

8 . Dah confirmkan untuk buang tekan butang ' Run Cleaner '
9 . Tunggu sehingga selesai dan hasilnya seperti dibawah


Tidak ada komentar:
Posting Komentar